MELAKA โ Tiga sindiket penipuan dalam talian berjaya ditumpaskan pihak berkuasa menerusi beberapa serbuan di homestay, hotel dan vila percutian di sekitar Melaka, yang membawa kepada penahanan seramai 63 individu, majoritinya warga China. Premis penginapan dan percutian berkenaan dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket yang menjalankan kegiatan penipuan menyasarkan mangsa dari luar negara, termasuk Korea Selatan, China dan Vietnam. Operasi itu turut membawa kepada rampasan sejumlah besar peralatan elektronik yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan penipuan dalam talian. 63 Individu Ditahan Dalam Serbuan Tiga Sindiket Pihak berkuasa menggempur beberapa lokasi yang...