Satu kes pembunuhan berlaku di Bengkulu, Indonesia apabila seorang wanita berusia 24 tahun dipercayai dibunuh oleh rakan sekerjanya, selepas lelaki berkenaan didakwa menyimpan rasa dendam kerana ajakan untuk melakukan hubungan seks ditolak mangsa. 😨 Difahamkan, lelaki terbabit tidak dapat menerima penolakan tersebut dan menyimpan rasa sakit hati sebelum akhirnya bertindak membunuh mangsa, lalu membuang mayatnya ke dalam sungai. 🚨 Polis kemudian menahan suspek dan hasil siasatan mendapati penolakan terhadap ajakan hubungan seks itu dipercayai menjadi motif utama pembunuhan. Kes kini masih dalam siasatan lanjut. ⚠️ Penolakan sepatutnya dihormati dan tidak pernah menjadi alasan untuk seseorang bertindak ganas sehingga meragut nyawa orang lain. 🙏


