GUA MUSANG – Sebuah lori yang membawa kira-kira 25 tan beras import ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi membanteras kegiatan penyeludupan di kawasan Paloh, Gua Musang, Kelantan. Lori berkenaan ditahan menerusi Op Taring Wawasan selepas pemeriksaan menimbulkan keraguan terhadap dokumen penghantaran beras yang dibawa. Beras tersebut disyaki dibawa masuk secara tidak sah dari Thailand, namun perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. Dua Invois Meragukan Cetus Syak Penyeludupan Hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan dua salinan invois yang mengandungi maklumat lokasi penghantaran yang meragukan. Percanggahan maklumat itu menimbulkan...