Satu kejadian mencuri pakaian dalam wanita berlaku baru-baru ini di sebuah kawasan perumahan di Pahang, dan kejadian ini benar-benar mengejutkan serta menjijikkan π‘ππ£π’. Seorang lelaki dirakam CCTV pada waktu siang menggunakan sebatang buluh panjang untuk mengait pakaian dalam yang sedang dijemur di luar rumah. Aksinya dirakam dengan jelas, termasuk wajah, cara dia mengait pakaian dan ketika meninggalkan tempat kejadian selepas berjaya βmendapatkannyaβ π€. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menjemur pakaian, terutama pakaian dalam wanita, dan sebaiknya jemur di tempat yang terlindung atau sukar dicapai orang luar π‘. Pihak polis masih belum mengesahkan identiti suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat laporan. Jangan ambil mudah perkara seperti ini, kerana hari ini mencuri pakaian dalam, esok mungkin mencuri barang lain dan mungkin membawa kepada jenayah yang lebih serius π.