Kawasan Shah Alam Seksyen 3 sekali lagi menjadi sasaran kecurian kabel milik TNB dan kali ini kegiatan tersebut dilihat semakin berani apabila tiga buah kenderaan 4×4 digunakan serentak untuk menjalankan jenayahπππ. Suspek dipercayai bekerjasama menarik keluar kabel sebelum memotongnya menggunakan mesin pemotong dan melarikan bahan tersebut, tindakan yang jelas menunjukkan perancangan rapi serta langsung tidak takut pada undang-undangπ‘. Perbuatan ini bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan elektrik malah boleh mengundang risiko kebakaran dan renjatan elektrik yang membahayakan orang awamβ‘. Demi keuntungan cepat hasil jualan besi buruk, sanggup rosakkan harta awam dan susahkan ribuan penduduk, memang tak bertanggungjawab dan memalukanπ€¬. Harta utiliti adalah milik bersama, bukannya untuk dijadikan sumber duit haram. Orang ramai yang melihat pergerakan mencurigakan atau kenderaan luar biasa berhampiran kabel elektrik diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasaπ agar tindakan pantas dapat diambil. Pihak berkaitan juga perlu mempergiat rondaan dan memperketat penguatkuasaan bagi membanteras sindiket seperti iniπ. Jangan kerana tamak sekejap, masa depan sendiri tergadai dan keselamatan masyarakat terancam