Kawasan lebuh raya antara R&R Seremban hingga R&R Kulai, dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru, tular satu video berdurasi 9 saat yang menunjukkan seorang pemandu bas ekspres didakwa melakukan perbuatan berbahaya ketika sedang memandu🚍😡, dalam rakaman tersebut dipercayai seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika kenderaan sedang bergerak di lebuh raya, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dianggap sangat tidak profesional dan mengancam keselamatan penumpang⚠️. Video itu telah tersebar luas di media sosial dan ramai netizen mengecam tindakan tersebut serta menggesa pihak JPJ dan APAD menjalankan siasatan segera📱. Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau syarikat bas terbabit. Perbuatan seperti ini memang langsung tidak boleh diterima kerana pemandu sepatutnya memberi tumpuan penuh kepada pemanduan, bukannya melakukan perkara yang melalaikan keselamatan ramai😤, penumpang bukan datang untuk menonton drama cinta dalam bas, mereka membayar untuk sampai dengan selamat ke destinasi🚫. Walau apa pun alasan, keselamatan nyawa tidak boleh dipermainkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuai🚨