20 Mar 2026, 5:46am

πŸ˜±πŸοΈπŸš› Detik ngeri Bukit Sentosa: motosikal bergesel dengan lori, mangsa jatuh lalu dilanggar dan maut di tempat kejadian

Kawasan Jalan Kantan, Bukit Sentosa, Hulu Selangor berlaku satu kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan lori apabila seorang penunggang berusia 64 tahun maut selepas terjatuh sebelum dilanggar dan digilis lori, akibat kecederaan parah di bahagian kepala πŸ˜’πŸοΈπŸš›. Kejadian dipercayai berlaku ketika lori yang datang dari arah Sungai Choh menuju ke Rawang membuat pusingan ke kanan di lampu isyarat Persiaran Assalam, manakala penunggang motosikal cuba memotong dari sebelah kiri dalam jarak yang terlalu dekat sehingga hilang kawalan lalu bergesel dengan lori sebelum terjatuh. Perkara seperti ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku, tetapi masih ada yang tidak ambil pengajaran. Nak cakap terus terang, jangan ingat semua kenderaan boleh nampak motosikal, terutama lori besar yang memang ada banyak β€œblind spot”. Bila suka hati menyelit, memotong rapat dan menunggang secara berbahaya, pemandu memang tiada masa untuk elak ⚠️. Setiap kali buat aksi macam ini, bukan saja letak nyawa sendiri dalam bahaya, malah boleh menyebabkan orang lain terpaksa tanggung akibatnya. Cakap kasar sikit, kalau dah tahu risiko tapi masih buat juga, bila jadi macam ini memang bukan sesuatu yang mengejutkan πŸ€¦β€β™‚οΈ. Jalan raya bukan tempat tunjuk berani atau nak cepat semata-mata, nyawa hanya ada satu, jangan jadikan ia taruhan πŸ™. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, khususnya penunggang motosikal, patuhi undang-undang dan jaga jarak keselamatan supaya tragedi seperti ini tidak berulang lagi 🚨