21 Sep 2026, 7:12pm

🚗 Penumpang MPV Dirakam Kencing Tepi Jalan Di Johor

Satu kejadian kurang menyenangkan berlaku di laluan berhampiran Lebuhraya EDL menghala ke CIQ Johor Bahru apabila beberapa penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dirakam “kencing berjemaah” di tepi jalan, sebelum rakaman berkenaan tular di Threads. 😨 Difahamkan, ketika kejadian berlaku, laluan berkenaan mengalami kesesakan teruk dengan pergerakan trafik yang perlahan, namun tindakan tersebut tetap mengundang kecaman ramai yang menganggap ia tidak sepatutnya dilakukan di kawasan jalan awam. 🚨 Dalam masa sama, ada juga netizen yang meminta orang ramai memahami keadaan mereka kerana kesesakan yang terlalu panjang boleh menyebabkan seseorang terdesak untuk ke tandas. Bagaimanapun, pada zaman sekarang terdapat pelbagai produk seperti “emergency urine bag” yang boleh dibeli melalui Shopee dan TikTok Shop untuk disimpan sebagai persediaan di dalam kenderaan. ⚠️ Apa pun keadaannya, kemudahan seperti ini boleh menjadi pilihan sekiranya terperangkap dalam kesesakan untuk tempoh yang lama, berbanding melakukan perbuatan sedemikian di tempat awam. Diharapkan pihak berkaitan dapat mengambil perhatian terhadap kejadian seperti ini dan tindakan sewajarnya dapat dipertimbangkan. 🙏