Kawasan Bukit Larang, Telok Mas, Melaka dilaporkan berlaku satu kes keganasan rumah tangga yang sangat menyedihkan apabila seorang lelaki tergamak memukul isterinya yang sedang hamil anak kembar π‘π€°. Lebih mengecewakan, selepas melakukan perbuatan kejam tersebut, lelaki itu terus melarikan diri dan kini tidak diketahui di mana dia bersembunyi. Tindakan memukul wanita hamil sudah cukup menunjukkan dia langsung tiada hati perut, apatah lagi melibatkan kandungan kembar, ini memang tahap tidak berperikemanusiaan π€¬. Lelaki seperti ini memang tak layak dipanggil suami, apatah lagi sebagai seorang manusia. Berani pukul isteri tapi lepas itu lari, memang pengecut tahap maksimum. Kalau betul ada masalah, selesaikan dengan cara betul, bukan guna tangan dan kemudian cabut lari macam tiada tanggungjawab. Pihak berkuasa sepatutnya segera mengesan individu ini dan memastikan dia dihadapkan ke muka pengadilan supaya perbuatan seperti ini tidak berulang βοΈ. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berdiam diri jika mengetahui atau menyaksikan kes keganasan rumah tangga, segera laporkan kepada pihak polis atau saluran bantuan kerana keselamatan mangsa lebih penting ππ. Rumah tangga bukan tempat untuk lepaskan kemarahan, tetapi tempat untuk melindungi dan menyayangi. Harapan agar mangsa mendapat perlindungan serta bantuan sewajarnya, dan pelaku segera ditangkap supaya menerima hukuman yang setimpal ππ