Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, seorang pelancong wanita dari China berdepan pengalaman buruk apabila pengusaha aktiviti jet ski bertindak menuntut pampasan melampau atas alasan kononnya terdapat keretakan pada peralatan selepas digunakan 😡. Sikap pengusaha ini langsung tidak mencerminkan budaya perniagaan yang beretika, sebaliknya lebih menyerupai perangai samseng — perkara kecil terus naik angin, bercakap kasar dan seolah-olah sedia nak angkat tangan 🤬. Pelancong datang untuk bercuti dan berbelanja, bukan untuk diugut atau diperas 🤦♂️.Hanya selepas pihak polis campur tangan barulah keadaan reda dan kes diselesaikan secara damai, namun imej negara sudah tercalar 💥. Perangai segelintir individu yang tamak dan berlagak ganas ini benar-benar memalukan Malaysia 🇲🇾. Akibat sikap seperti inilah, nama Langkawi semakin tercemar dan pelancong luar mula rasa takut dan serik 😔. Nasihat kepada pelancong asing ⚠️, jika boleh elakkan atau kurangkan kunjungan ke Langkawi selagi mentaliti seperti ini masih wujud. Yang rugi akhirnya bukan pelancong sahaja, tetapi nama negara dan rakyat Malaysia sendiri