Seorang kakitangan syarikat kontraktor yang bertugas di Stesen Labu, Negeri Sembilan digantung tugas serta-merta selepas terbabit dalam insiden pertelingkahan dan pergaduhan dengan seorang penumpang. π¨ Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan bahawa individu terbabit bukan kakitangan KTMB, sebaliknya merupakan pekerja syarikat kontraktor yang dilantik untuk menyediakan perkhidmatan di stesen berkenaan. Pihak kontraktor telah mengambil tindakan menggantung tugas individu tersebut sementara siasatan terperinci dijalankan, manakala tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan. π¨ Difahamkan, insiden berkenaan berlaku ketika perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu CavesβPulau Sebang mengalami gangguan selepas sebuah tren melanggar seekor babi hutan di antara Batang Benar dan Labu sehingga menyebabkan tren berkenaan terkandas di laluan. ππ Susulan kejadian itu, kira-kira 300 penumpang diturunkan di Stesen Labu untuk meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya, dengan gangguan tersebut menyebabkan kelewatan sehingga dua jam lima minit berbanding jadual asal. KTMB turut mengarahkan beberapa kakitangan dari Stesen Seremban ke Stesen Labu bagi membantu menguruskan pergerakan penumpang dan melancarkan keadaan di lokasi. π¨ KTMB menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap sebarang tingkah laku tidak profesional ketika berurusan dengan penumpang serta memohon maaf atas kesulitan yang dialami akibat gangguan perkhidmatan berkenaan. π