22 Mar 2026, 9:37am

Tukang Masak Wanita Ditikam Mati di Bukit Juru — Suspek Ditahan

Satu kejadian tragis berlaku di sebuah restoran Thai di Bukit Juru, Pulau Pinang🍽️❌ apabila seorang tukang masak wanita warga Myanmar ditikam hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan beberapa lelaki Myanmar yang dipercayai mabuk🔥. Mereka tidak berpuas hati dengan rasa makanan dan bertengkar dengan mangsa serta suaminya sebelum mangsa meminta mereka meninggalkan premis.Salah seorang suspek kemudian menghubungi abangnya untuk kembali ke lokasi, dan suspek bertindak menikam mangsa sehingga meninggal dunia di tempat kejadian💔. Suami mangsa dan seorang lagi lelaki turut cedera dan dirawat di Hospital Seberang Jaya🏥.Polis telah menahan suspek dan abangnya (kedua-duanya berusia lingkungan 30-an)🚓 dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh⚖️.Insiden seperti ini amat menyedihkan dan menunjukkan betapa bahayanya tindakan tidak mengawal emosi😔.Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertenang apabila berdepan pertikaian🧘‍♂️,gunakan cara berbincang dan bukan kekerasan.Jika berlaku pergaduhan atau situasi tidak terkawal, elakkan diri dan segera hubungi pihak polis☎️ demi keselamatan komuniti bersama