22 Mar 2026, 9:47am

🚨 Berebut Bas Jadi Tumbuk-Tumbuk di CIQ BSI — Suasana Panik

Video yang tular di CIQ BSI menunjukkan dua lelaki bergaduh teruk hanya kerana berebut untuk naik bas😡, siap bertumbuk dan berguling di lantai sampai orang sekeliling panik dan terpaksa mengelak😱. Seriuslah, semata-mata nak berebut tempat pun boleh naik tangan? Semua orang yang beratur dekat situ pun sama-sama susah, sama-sama datang ke sini demi cari rezeki dalam bentuk dolar Singapura💰, bangun awal pagi, beratur panjang, tahan penat dan tekanan—tapi tetap ada juga manusia yang tak boleh sabar, langsung tak fikir keselamatan diri atau orang lain💢. Perangai macam ini bukan saja memalukan, malah boleh mencetuskan kecederaan kepada orang tak bersalah⚠️. Polis yang menerima maklumat mengenai video tersebut sudah memulakan siasatan🚔, walaupun tiada laporan dibuat setakat ini, pihak polis sedang mengesan kedua-dua individu terlibat serta saksi di lokasi, dan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video itu lagi📵 untuk mengelakkan salah faham serta spekulasi. Apa pun, masing-masing datang CIQ bukan nak cari gaduh, semua datang sebab nak cari makan dan kumpul rezeki untuk keluarga🙏, jadi tolonglah, jangan sebab berebut bas terus berubah jadi samseng jalanan😤—cari duit itu susah, tapi hilang maruah sebab perangai sendiri lagi susah nak pulihkan