Seorang pekerja berusia 48 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah bangunan di Jabaquara, São Paulo, ketika sedang memasang filem perlindungan pada kaca bangunan 💥. Ketika kaca itu pecah, mangsa sempat tergantung dengan tali keselamatan namun tali tersebut putus lalu menyebabkan dia jatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian. Beberapa pekerja lain yang berada di bangunan itu menyaksikan insiden ngeri ini malah sempat merakam kejadian. Pasukan bomba tiba dengan segera tetapi mangsa tidak sempat diselamatkan. Memang patut kena maki, apa guna prosedur keselamatan kalau tak ikut? Kerja di tempat tinggi bukan boleh main-main, satu kecuaian boleh meragut nyawa 💢. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya pastikan semua peralatan selamat, bukannya tunggu orang mati baru nak siasat ⚠️. Nyawa pekerja bukan bahan uji kaji, mereka keluar rumah cari rezeki, bukannya cari maut 🙏. Semoga kejadian ini jadi pengajaran, keselamatan kena sentiasa diutamakan, jangan sampai keluarga menunggu kepulangan orang tersayang yang takkan kembali lagi