23 Mar 2026, 5:59pm

Buli Bukan Lawak 🤯 – Budak Ditendang, Geng Samseng Kecil Lari, Netizen Naik Angin

Satu insiden buli melampau berlaku di Taman Molek, Johor Bahru😡 apabila rakaman CCTV berdurasi 1 minit 25 saat tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut, seorang budak lelaki berbaju merah sedang menunggu ibunya di depan lif sebelum tiba-tiba didatangi empat budak lain termasuk seorang yang memakai seragam sekolah agama. Tanpa belas kasihan, seorang daripada mereka terus menendang perut mangsa🤬 sebelum kesemuanya melarikan diri! Lebih mengejutkan, komuniti perumahan mendakwa kejadian buli ini sudah beberapa kali berlaku terhadap mangsa oleh kumpulan samseng kecil yang sama. Malah, ada yang mendakwa ibu kepada pembuli bersikap acuh tak acuh bila ditegur, seolah-olah merestui perbuatan anak sendiri🔥. Perangai begini bukan saja memalukan, malah ibarat racun dalam masyarakat kerana ia bukan saja mencederakan fizikal, malah boleh menghancurkan masa depan seorang anak. Ibu bapa⚠️, tolonglah ambil serius hal mendidik anak-anak, jangan sampai menyesal di kemudian hari. Buli bukan satu gurauan, ia meninggalkan luka yang dalam dan boleh menghancurkan hidup seseorang🙏. Didiklah anak untuk hormat-menghormati dan berbuat baik💖, hanya dengan itu barulah masyarakat kita lebih selamat dan harmoni.