Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas terjatuh ketika menunggang basikal di jejantas motosikal Kampung Pinang Seberang, Kamunting 💔 Mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 kaki ke kawasan landasan kereta api 🚨 Tubuhnya terhempas ke atas bongkah batu, menyebabkan kecederaan parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi 😢 Pasukan bomba segera ke tempat kejadian dan menggunakan pengusung untuk mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis 🙏 Kejadian sebegini amat menyedihkan, namun ia juga mengingatkan kita bahawa masih ramai penunggang yang tidak peka terhadap keselamatan, tinggi macam tu pun masih cuai 🚫 Nyawa hanya sekali, kalau sudah jatuh memang tiada peluang kedua ⚠️ Semoga tragedi ini jadi peringatan untuk semua, sama ada menunggang atau memandu, tolong lebih berhati-hati di jalan raya