Satu video buli paling hina tular di media sosial 😡. Seorang lelaki memaksa seorang lelaki lain untuk menghisap dan menjilat jari kakinya 👣😖. Selepas mangsa melakukannya, si buli terus menendang muka mangsa dengan kuat 💢🤬. Sepanjang kejadian, si buli mengeluarkan kata-kata kesat seperti “Babi”, “Pukimak” dan pelbagai makian keji. Mangsa dihina, dirosakkan maruahnya, dan dikawal seolah-olah dia bukan manusia. Rupa-rupanya, dunia orang dewasa pun ada keganasan dan buli yang begitu kejam 😔💔. Apa kesalahan mangsa sampai dia diperlakukan sebegini rupa? Tiada apa pun yang membenarkan perbuatan menghisap jari kaki orang lain, apatah lagi ditendang muka selepas itu. Tindakan ini adalah satu penghinaan berat dan ganas 👎. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadab ini. Ingatlah: dalam apa jua usia, buli tetap buli. Jangan pernah merendahkan martabat orang lain demi kepuasan diri sendiri 🙅♂️. Kepada mangsa, jangan takut – sila buat laporan polis supaya si pengejak dapat dikenakan tindakan undang-undang 👮🤝. Hentikan buli, hormati sesama manusia, kerana setiap orang punya maruah yang tidak boleh diusik 🕯️.