Sebuah hospital di Melaka telah berlaku satu insiden pertelingkahan keluarga yang melibatkan seorang lelaki yang sedang nazak, di mana anak-anak kandungnya dikatakan ingin masuk ke wad untuk melawat bapa mereka, namun dipercayai dihalang oleh ahli keluarga pihak ibu tiri sehingga tercetus pertengkaran😟🏥. Kejadian tersebut turut dikatakan telah mengganggu ketenteraman di hospital dan memberi kesan kepada pesakit serta orang lain yang berada di kawasan berkenaan. Hospital sepatutnya menjadi tempat yang tenang dan teratur, terutama dalam situasi kritikal seperti ini, emosi memang sukar dikawal tetapi ia perlu diurus dengan cara yang lebih rasional dan tidak mencetuskan konflik yang lebih besar🙏. Jika mereka adalah anak kandung sendiri, dalam keadaan bapa sedang tenat, sepatutnya diberi ruang untuk melawat dan bersama di saat-saat akhir kerana itu adalah hak dan juga nilai kasih sayang yang paling asas😔. Apa pun keadaan sebenar antara kedua-dua pihak, semua pihak diharapkan dapat mengutamakan keadaan pesakit