22 Mar 2026, 5:37am

Tragedi Cemburu di Senawang! Suami Hilang Pertimbangan, Tikam Lelaki Sampai Maut

Seremban sekali lagi digemparkan dengan kes tragis apabila seorang lelaki berusia 31 tahun, Zulazren Zakariah yang bekerja sebagai tukang masak, dipercayai hilang pertimbangan selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit lalu bertindak menikam seorang duda berusia 28 tahun, Muhammad Amirul Rashid Mohd Niza hingga maut di kawasan perumahan Taman Seri Pagi, Senawang 🏠. Berdasarkan siasatan polis dan maklumat di mahkamah, suspek terus menikam dada mangsa menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi sekitar jam 7 petang πŸ’”. Suspek kini telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan βš–οΈ. Terus terang, tindakan ini memang terlalu bodoh 😑, kalau benar ada syak wasangka terhadap pasangan, boleh pilih cara lebih waras seperti menyiasat, berbincang, bercerai ataupun buat laporan polis, kenapa mesti pilih jalan paling kejam? Satu detik amarah bukan sahaja meragut nyawa orang lain, malah menghancurkan masa depan sendiri πŸ€¦β€β™‚οΈ. Akhirnya apa yang dapat? Hanya meninggalkan malu pada keluarga sendiri, kesedihan tidak terhingga kepada keluarga mangsa, dan menambah lagi satu kes berdarah dalam masyarakat. Tolonglah, kalau berdepan masalah rumah tangga atau hubungan, bertenanglah, gunakan undang-undang atau komunikasi untuk selesaikan, jangan sampai ikut emosi melangkah ke jalan yang tidak ada pulang πŸ™. Hidup ini bukan taruhan, sekali hilang tidak mungkin kembali, hargailah diri sendiri dan orang lain