23 Mar 2026, 4:27pm

Rakyat Nepal Bangkit: Menteri Lari Terjun Sungai Lepas Haramkan Media Sosial!

Nepal dikejutkan dengan insiden memalukan apabila Menteri Kewangan dikejar oleh penunjuk perasaan marah hingga pakaiannya dilucutkan🏃‍♂️🩲 sebelum terpaksa terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri. Tindakan gila kerajaan yang haramkan media sosial📵 nyata menjadi punca kemarahan rakyat🔥 kerana pada zaman sekarang platform itu adalah medium untuk bersuara dan berkongsi maklumat. Bila ruang suara rakyat ditutup, ibarat cuba ikat mulut orang ramai supaya diam, tapi sebenarnya lagi ditekan lagi kuat mereka melawan💥. Menteri dan pemimpin yang suka buat keputusan tanpa fikir kesan kepada rakyat memang layak dipersendakan🤬. Kalau betul nak dihormati, dengarlah suara rakyat, jangan main kuasa ikut suka hati. Kuasa bukan lesen untuk tindas orang lain⚖️, rakyat sekarang bukan lagi bodoh untuk ditipu bulat-bulat.