23 Jan 2025, 7:06am

Pertelingkahan KPN & T-KPN Makin Memuncak! Isu Makanan Jadi Punca Ketegangan?

Pertelingkahan antara Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara nampaknya semakin memuncak! 😳 Selepas DIG Ayob Khan secara terbuka menyindir isteri IGP Tan Sri Razarudin kerana didakwa menyalahgunakan kuasa untuk menaikkan pangkat anggota polis dalam perhimpunan Perkep minggu lalu, situasi di kalangan pegawai tertinggi PDRM semakin menjadi perhatian. Dalam satu perhimpunan di Pulapol baru-baru ini, IGP mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan tanda tanya. Menurut sumber, sebelum perhimpunan bermula, semasa sarapan pagi, seorang anggota polis menghidangkan chapati kepada IGP. Namun, hidangan itu ditolak dengan sopan oleh beliau yang meminta makanan lain. Anggota tersebut kemudian menggantikan dengan murtabak, tetapi IGP tiba-tiba naik berang sambil berkata, “Tolong hidangkan makanan yang sesuai untuk Ketua Polis Negara, bukan makanan seperti chapati, roti canai, murtabak dan sebagainya yang DIG makan akan menjejaskan selera saya!” 🥴 Anggota tersebut terus terkaku, tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon. Kejadian ini mencerminkan perbezaan pandangan antara IGP dan DIG yang semakin jelas, membuat rakyat bimbang sekiranya ‘politik pejabat’ di kalangan pegawai tertinggi ini akan menjejaskan kestabilan keselamatan negara! 🚨