Satu kes tikam dan serang dengan senjata berlaku di hadapan Kingfisher Club, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur⚠️ Dua lelaki berusia 30-an kerana perselisihan faham sanggup ambil parang dan besi untuk belasah mangsa🤬 Mangsa ialah dua lelaki India berusia 33 dan 47 tahun, kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur🏥 IPD Brickfields telah melancarkan operasi memburu suspek dan beri amaran kepada dua ekor yang masih bebas ni💢 Baik serah diri cepat-cepat, kalau tidak kena tangkap nanti jangan menyesal⚖️ Memang otak letak kat lutut — benda kecil pun nak guna senjata, bukan saja mencederakan orang tapi hancurkan masa depan sendiri👎 Semua orang tolong buka mata, elakkan berada seorang diri di kawasan sunyi pada waktu malam🚶♂️, dan kalau jumpa orang gila macam ni, jangan cuba lawan, terus hubungi polis🚨 Nyawa cuma sekali, jangan gadaikan untuk perkara dan manusia yang tak berbaloi