22 Mar 2026, 5:39am

Panas Terik Tiba-Tiba Bertukar Mimpi Ngeri! 🔥➡️🌩️ 20 Rumah Musnah Dilanda Ribut Hujan Batu

Malaysia kini cuaca panas terik, namun di Kuala Terengganu Manir Kampung Kebor Air tiba-tiba dilanda ribut hujan batu disertai hujan lebat 🌩️, lebih 20 buah rumah rosak teruk, sebahagiannya dihempap pokok tumbang, malah ada bumbung tercabut dan air hujan mencurah masuk ke dalam rumah. Kampung Manir, Kampung Petai Bubus dan Kampung Kubang Jela juga dilaporkan terkesan ⚠️. Penduduk panik sehingga ada yang berdoa kuat, namun setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa. Kejadian cuaca ekstrem ini mengingatkan kita bahawa meskipun Malaysia panas, bencana luar jangka seperti hujan batu boleh berlaku ☔. Oleh itu, sentiasalah berwaspada, pastikan kediaman dalam keadaan selamat, elakkan keluar ketika cuaca buruk, dan lindungi diri serta keluarga 🙏. Dalam masa sama, ikuti maklumat rasmi pihak berkuasa, jangan sebarkan berita palsu, bertenang dan saling membantu