24 Mar 2026, 4:31pm

OP TARING WAWASAN: DUA LELAKI POSITIF DADAH DITAHAN

Pasukan Batalion 7 PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyalahgunaan dadah selepas menahan dua lelaki Melayu berusia 28 dan 32 tahun dalam satu pemeriksaan ke atas kenderaan mereka.

Lokasi:
Tangkapan dibuat di kawasan pengkalan haram Tok Awang Belulang, Rantau Panjang, Kelantan.

Barang Bukti:
* 200 biji pil disyaki dadah jenis Eramin 5
* Dianggarkan bernilai RM4,000
* Ditemui di bawah kerusi kenderaan suspek

Keputusan Ujian Air Kencing:
Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Tindakan Lanjut:
Barang rampasan telah diserahkan kepada BSJND IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ingat, penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menghancurkan masa depan sendiri dan orang tersayang.

Katakan TIDAK kepada dadah. Lindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada ancaman najis dadah!