Telah berlaku satu kemalangan bas kilang di Jalan Bayat Lubong, Ayer Itam🚌💥 Bas yang membawa 30 orang pekerja kilang hilang kawalan ketika menuruni bukit dipercayai akibat masalah sistem brek, menyebabkan suasana di lokasi menjadi kelam-kabut😡 Bas jenis begini kalau tidak diselenggara dengan baik memang ibarat keranda bergerak, pemandu dan syarikat patut guna otak sikit🤬 Benda asas macam brek pun tak periksa elok-elok, itu namanya main-main dengan nyawa orang💢 Kemalangan ini mengakibatkan 6 orang cedera ringan termasuk di bahagian muka dan tangan/kaki, manakala 24 orang lagi bernasib baik tidak cedera🙏 Mangsa telah dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan🚑 Pasukan bomba tiba pantas di lokasi, berjaya mengeluarkan semua penumpang👏 dan membersihkan kawasan kejadian💪 Kepada semua yang menaiki bas setiap hari untuk ulang-alik kerja, sila lebih peka dengan keadaan kenderaan⚠️ Jangan anggap keselamatan itu perkara biasa, kesedaran keselamatan mesti ada pada diri sendiri, nyawa hanya satu, jangan biarkan pemandu tak bertanggungjawab dan syarikat tamak haloba meragutnya