Satu kejadian yang menyakitkan hati berlaku di kawasan perumahan Taman Jason, Bintulu, Sarawak😡 Seekor anjing bernama Blakie dipercayai telah dicederakan oleh pencuri buah yang tak ada hati perut💢 Blakie ditemui bersembunyi di bawah parit dengan badan masih tertusuk tombak buah, namun mujurlah anggota bomba Bintulu yang hebat dan berani berjaya menyelamatkannya🐶❤️ Terima kasih banyak kepada abang-abang bomba yang sanggup turun ke parit dan bertarung nyawa demi menyelamatkan seekor anjing👏 Pagi tadi tuannya menjumpai Blakie lalu terus membawanya ke klinik veterinar untuk rawatan🏥 Memang tak guna langsung, mencuri buah pun dah salah, ini siap sakiti anjing yang setia jaga rumah orang🤬 Penduduk semua tolong buka mata⚠️ Kalau ada anjing yang kuat menyalak, pencuri mungkin akan bertindak kejam kerana dianggap mengganggu kerja jahat mereka🐕 Jadi selain jaga haiwan peliharaan, kena juga saling perhatikan kawasan kejiranan👀 Harap PDRM dapat kerapkan rondaan🚓 dan bila dapat tangkap pencuri macam ni, hukum sampai mereka sedar bahawa menyakiti haiwan adalah perbuatan yang tak boleh dimaafkan