Seorang wanita muda bertindak nekad di Kuala Lumpur, kawasan berhampiran Desa Pandan π± apabila dia tiba-tiba terjun keluar dari sebuah SUV hitam yang masih bergerak. Wanita itu terhumban jatuh ke atas jalan raya sehingga kasutnya tercampak, malah nyaris digilis kenderaan lain dari belakang ππ¨. Mujur pemandu dan orang ramai sempat bertindak pantas, lalu mengelakkan tragedi yang lebih besar. Mangsa akhirnya dibantu ke tepi jalan dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius π. Siasatan polis mengesahkan kejadian ini bukan kes culik, sebaliknya wanita berkenaan bertindak sedemikian akibat gangguan emosi. Perbuatan seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh mengundang maut kepada pengguna jalan raya yang lain π€¦ββοΈ. Kepada sesiapa yang berdepan tekanan emosi β οΈ, tolonglah dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, rakan atau pihak profesional. Jangan sesekali memilih jalan berbahaya begini. Hargailah nyawa anda