18 Aug 2025, 7:08pm

Masuk Rumah Orang, Curi Barang… Lepas Tu Datang Balik Macam Rumah Sendiri?!

Kes pecah rumah berlaku di Gat Lebuh Bukit Kecil, Bayan Lepas, Pulau Pinang! Seorang lelaki ambil kesempatan ketika pembantu rumah keluar buang sampah, lalu menyelinap masuk dari pintu belakang ke rumah seorang selebriti TikTok untuk mencuri. Selepas berjaya melarikan diri, dia dengan “selamba” kembali semula ke lokasi kejadian untuk ambil barang miliknya yang tertinggal — akhirnya ditangkap polis di tempat kejadian! 🫣 Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah, termasuk methamphetamine, amphetamine dan ubat penenang. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Balik Pulau untuk permohonan reman. ⚠️ Keselamatan rumah jangan sekali-kali dipandang ringan! Tolong pastikan semua pintu dikunci dengan betul, terutama pintu belakang dan tingkap yang selalu jadi sasaran penjenayah! Penagih macam ni memang suka cari peluang dari kecuaian kita. Buat hal lah balik rumah tu nak ambil barang sendiri? Ingat ni set penggambaran TikTok ke? 📸 Kalau nampak orang mencurigakan atau ada kelakuan luar biasa, sila segera buat laporan kepada pihak polis! Jiran bantu jiran, baru komuniti kita selamat!