22 Mar 2026, 5:39am

Insiden Ngeri di Kota Kinabalu! 😱 Lelaki Jatuh Dari Tingkat 5 Hempap Kereta, Mangsa Parah!

Dekat pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah gempar dengan insiden ngeri⚠️ apabila seorang lelaki jatuh dari tingkat 5 sebuah kompleks beli-belah dan terus menghempap sebuah kereta yang diparkir🚗💥. Bumbung kereta remuk teruk, cermin pecah berderai, suasana jadi kecoh! Mangsa ditemui parah dan tidak sedarkan diri sebelum dibantu anggota bomba turun dari atas kereta dan segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan kecemasan🚑. Serius lah, apa yang lelaki ni fikir? 🤦‍♂️ Kalau nak singkirkan diri sendiri pun janganlah sampai menyusahkan orang lain! Kereta orang pun rosak, nyawa orang sekeliling pun hampir terancam👿. Hidup ni bukan barang main buang, bila jadi macam ni akhirnya polis, bomba, ambulans semua kena turun padang semata-mata nak selamatkan keadaan. ⚠️ Kepada orang ramai, kalau ada ahli keluarga atau kawan yang ada masalah emosi, tolong jangan biar — cepat dapatkan bantuan pakar sebelum tragedi berlaku. Ingat, nyawa hanya sekali, jangan buat benda bodoh yang akhirnya menyusahkan semua orang!