22 Mar 2026, 6:39am

Hidup Malas, Jenayah Berani 🤬 Polis Terus Sapu Dua Ekor Pencuri Kabel!

Semasa rondaan di kawasan Bakar Batu, polis ternampak sebuah kereta Wira yang mencurigakan🚗. Dua individu kelihatan mencangkung di tepi longkang dengan gelagat mencurigakan, rupa-rupanya tengah curi kabel TM⚡📞. Polis terus menghidupkan lampu mata biru🚨 dan bunyikan siren, dua ekor penyangak ni pun cabut lari🏃💨, kononnya boleh terlepas dari undang-undang. Ingat boleh lari sampai bila? 😏 Akhirnya kereta Wira tu berjaya dipintas dan suspek ditangkap tanpa banyak cerita👮. Memang menyampah tengok jenis manusia sampah macam ni🤬, siang malam kerja nak curi aje, tak reti nak cari rezeki dengan cara halal. Dah tahu hidup malas nak usaha, tapi berani pula nak buat jenayah. Hari ni curi, esok lusa masuk lokap minum kopi free☕ lah korang! ⚖️ Jadi peringatan untuk semua⚠️, duit tu cari dengan tangan sendiri💪, jangan gatal nak cari jalan mudah, sebab lambat-laun padah juga menunggu!