Biar betul kejadian ini berlaku…Datuk Seri Suhaily ke?
Soalan paling mudah: Pangkat besar = boleh buat sesuka hati? Boleh herdik orang? Boleh maki? Boleh hina? Boleh tarik telinga? Boleh hantuk kepala anggota bawahan? Kalau ya, sejak bila pangkat jadi lesen untuk buat semua tu? Jangan sebab pakai pangkat besar, orang bawah kena telan semuanya. Anggota bawahan pun manusia. Ada maruah. Ada keluarga. Ada hati dan perasaan.
Yang lebih pelik…
Perkara ni bukan kali pertama, kenapa masih berlaku? Berapa ramai yang selama ni diam sebab takut? Takut kena target. Takut kena tekan. Takut karier terjejas. Takut sebab yang di atas lebih berkuasa.
Ini bukan soal siapa besar, siapa kecil. Ini soal kalau benar berlaku, salah tetap salah. Depan kamera nampak steady. Depan TikTok nampak baik. Depan masyarakat nampak hebat.
Belakang kamera perangai lain…Orang yang berada dekat lebih tahu. Orang luar nampak lakonan. Orang bawahan rasa sendiri.
Sebab tu jangan cepat sangat sanjung seseorang hanya berdasarkan apa yang nampak di media sosial. Jauhari mengenal manikam.
Kalau ada anggota sampai trauma, jangan anggap perkara kecil. Jangan tunggu benda jadi lebih teruk baru nak bertindak.
Pihak polis kena siasat. Siasat betul-betul Datuk Seri Suhaily ni…
Telus. Terperinci. Menyeluruh. Tak kira pangkat. Tak kira jawatan. Tak kira siapa. Kalau tak salah, bersihkan nama. Kalau salah, ambil tindakan. Mudah. Undang-undang bukan untuk orang bawahan sahaja.
Pangkat ialah amanah. Bukan lesen untuk membuli. Bukan lesen untuk menghina. Bukan lesen untuk menggunakan kekerasan.
Dan jangan sampai wujud satu budaya: “Aku pegawai. Kau anggota. Jadi kau kena diam.”
Tidak. Anggota PDRM juga ada hak. Ada maruah. Ada hak untuk bekerja dalam suasana yang selamat dan dihormati. Berani kerana benar. Takut kerana salah.
Jangan lindungi salah hanya kerana pelakunya orang besar. Siasat. Biar kebenaran bercakap.