18 Aug 2025, 4:01pm

Dari Sepak Bola ke Sepak Orang — Pergaduhan Malukan Bola Sepak Tempatan!

Satu perlawanan bola sepak di Teluk Intan, Perak⚽ yang sepatutnya penuh dengan semangat kesukanan tiba-tiba bertukar jadi gelanggang pergaduhan🤦‍♂️ Entah sebab apa, kedua-dua kumpulan mula bertumbuk👊 tolak-menolak dan sepak terajang tanpa peduli penonton termasuk kanak-kanak yang hadir😡 Memang memalukan, kalau tak pandai main bola, pergi berlatihlah elok-elok, jangan jadikan padang bola macam gelanggang tinju🤬 Perbuatan macam ni bukan saja rosakkan makna sukan, malah boleh sebabkan orang cedera sampai masuk hospital🏥 Bola sepak ini untuk bersukan dan berhibur, bukannya untuk bergaduh‼️ Kalau ada masalah, selesaikan selepas perlawanan, tahan marah lebih baik daripada berakhir di hospital atau lokap⚖️ Penonton juga kena bertenang, jangan terpengaruh dengan perangai tak berotak ni🔥 Tolak keganasan, jangan biarkan semangat kesukanan dibunuh oleh perangai busuk macam ni