Kes buli sekolah sekali lagi tercetus di SMK Inanam, Kota Kinabalu!Satu rakaman video yang menjijikkan kini tular di media sosial, memperlihatkan sekumpulan pelajar perempuan menumbuk dan menyepak seorang rakan sekolah secara beramai-ramai. Perbuatan ganas ini bukan bergurau — ini adalah serangan berkumpulan dan perbuatan buli yang kejam!😡 7 individu terlibat — termasuk 6 pelajar dan seorang bekas pelajar — telah ditahan polis. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Pihak sekolah menyatakan akan beri kerjasama penuh serta memperketatkan langkah anti-buli di sekolah. Tapi persoalannya — adakah ini kali pertama berlaku?Kalau tidak, adakah pihak sekolah sudah lama tahu tetapi memilih untuk berdiam diri?Bagaimana pelajar-pelajar ini boleh belajar menjadi begitu kejam?Siapa yang patut bertanggungjawab?!Masyarakat tidak boleh terus berdiam diri terhadap kes buli sekolah. Ibu bapa, guru, pihak sekolah dan kerajaan perlu bertindak segera — jangan tunggu sehingga ada mangsa yang cedera parah atau bunuh diri baru nak ucapkan “kami kesal”.⚠️ Anak-anak ini bukan lahir dengan sifat ganas — tapi dibentuk oleh persekitaran yang membiarkan keganasan itu berlaku!Kalau anda nampak kejadian seperti ini, sila segera lapor kepada pihak berkuasa!Buli sekolah tidak boleh dibiarkan!