18 Aug 2025, 4:03pm

Bila Marah Menguasai, Waras Hilang — Akhirnya Tiga Nyawa Kini Kritikal!

Satu insiden gila berlaku di kawasan Plaza Tol Simpang Renggam 😡 apabila seorang lelaki berusia 44 tahun yang syak teman wanitanya berusia 37 tahun curang sanggup melakukan perbuatan kejam yang tak masuk akal dengan menarik mangsa turun dari bas, kemudian mencurah petrol ke atas badan wanita itu🔥, malah turut menyiram dirinya sendiri sebelum menyalakan api menyebabkan kedua-duanya terbakar hidup-hidup hingga jeritan kesakitan kedengaran💔, lebih malang lagi seorang orang awam yang cuba membantu turut terkena api dan mengalami kecederaan😭. Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan parah serta masih kritikal, polis kini menyiasat kes di bawah cubaan membunuh⚖️. Lelaki macam ni memang tak layak digelar manusia👎, cemburu buta bukan alasan untuk menghancurkan hidup orang lain kerana cinta itu sepatutnya kasih sayang, bukan kawalan apatah lagi kemusnahan💥. Kepada semua, kalau ada masalah dalam hubungan tolonglah pilih untuk berbincang atau berpisah dengan baik, bukannya buat tindakan bodoh sampai rosakkan nyawa orang lain🙏, buat hal lah kalau ada isu pergi Settle cara elok jangan guna api untuk tunjukkan marah