22 Mar 2026, 5:29am

Berani Potong Line? 🔥 Wanita China Dikecam, Terus Kena Sound Balik Depan Orang Ramai!

Di sebuah pasar raya Cheras Velocity, Kuala Lumpur sekali lagi tercetus kekecohan 🤦‍♂️ apabila rakaman video pertengkaran di kaunter bayaran tular di media sosial. Dalam video tersebut, seorang wanita dari China dengan selamba memotong barisan menyebabkan seorang wanita Malaysia berketurunan Cina berang lalu berlakulah pertengkaran mulut yang cukup sengit🔥. Wanita tempatan itu segera mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam kejadian, kedua-dua pihak saling bertikam lidah sehingga suasana menjadi kecoh dan mengganggu orang ramai😡. Terus terang, segelintir orang dari China ini memang bawa sekali perangai buruk dari negara mereka ke sini, sikap suka potong barisan macam tak ada adab langsung 🚫. Di Malaysia kita diajar beratur dan ikut peraturan, bukannya main kasar ikut suka hati. Kalau datang sini tapi masih nak tunjuk lagak, akhirnya hanya akan buat orang lebih benci dan hilang hormat. Jadi tolonglah, terutama mereka yang datang dari luar negara, hormatilah budaya dan peraturan tempatan🙏. Beratur itu asas disiplin dan kesedaran sivik, jangan kerana nak cepat sikit sanggup rosakkan keharmonian. Masyarakat yang aman dan tenteram hanya wujud kalau semua tahu jaga adab dan ikut peraturan, barulah hidup bersama lebih harmoni