Kg. Kucing Jaya, Taiping dilanda banjir kilat ๐ apabila air naik setinggi 3 kaki sehingga menjejaskan 12 buah rumah dan menyebabkan 26 penduduk terkandas termasuk 13 orang yang terperangkap di kediaman masing-masing. ๐จ Seramai 10 anggota BBP Taiping segera dikerahkan ke lokasi dan sebuah bot gentian kaca digunakan bagi memindahkan mangsa. Semua 26 penduduk akhirnya berjaya dipindahkan dengan selamat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan tiada korban jiwa dilaporkan ๐. Sehingga kini, seramai 159 mangsa daripada 61 keluarga ditempatkan di 4 PPS sekitar Taiping dan Larut Matang Selama. Walaupun semua mangsa berada dalam keadaan selamat, kejadian ini mengingatkan kita bahawa kuasa alam semula jadi tidak boleh dipandang ringan โ ๏ธ. Musim hujan seperti ini, orang ramai perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling, jangan tunggu air naik tinggi baru mahu bertindak, pindah awal lebih baik demi keselamatan diri dan keluarga