22 Sep 2026, 11:03pm

🔌 Lelaki Guna 4WD Tarik Kabel Lurang Ditahan Di Selangor

Satu kes kecurian kabel berlaku di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, apabila seorang lelaki dipercayai menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menarik keluar kabel dari sebuah lurang sebelum ditahan polis di lokasi kejadian. 🚨 Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sekumpulan individu yang disyaki mencuri kabel berhampiran Masjid Al-Ubudiah sebelum sepasukan anggota polis dan unit kereta peronda (MPV) dikejarkan ke lokasi. Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang digunakan untuk menarik keluar kabel dari lurang, manakala seorang lelaki tempatan berada di dalam kenderaan berkenaan. Lelaki terbabit kemudian ditahan dan polis turut merampas kenderaan serta barangan berkaitan untuk siasatan lanjut. 😨 Dalam masa sama, polis turut mengesan rakaman video mengenai kejadian itu yang tular di TikTok dan mendapat perhatian orang ramai. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. ⚠️