19 Sep 2026, 5:46pm

🛵 Ekzos Bising Ganggu Penduduk Bintulu Sarawak

Penduduk di Sungai Plan, Bintulu, Sarawak mengadu mengenai gangguan bunyi bising akibat beberapa penunggang motosikal yang dipercayai sering menghenjut atau memulas minyak motosikal dengan kuat di kawasan Lot 280 sehingga mengeluarkan bunyi enjin yang sangat bising dan mengganggu ketenteraman penduduk. 😡 Menurut penduduk, perkara itu berlaku hampir setiap hari dan bunyi motosikal yang kuat bukan sahaja mengganggu pada waktu siang, malah turut berterusan sehingga malam sehingga menyukarkan penduduk sekitar untuk berehat. 😩 Keadaan itu lebih membimbangkan kerana terdapat warga emas serta individu yang kurang sihat di kawasan berhampiran yang memerlukan suasana tenang untuk berehat, namun bunyi enjin motosikal yang dikeraskan berulang kali tetap mengganggu. 🚨 Penduduk berharap pihak polis dan pihak berkuasa berkaitan dapat mengambil perhatian terhadap perkara tersebut serta menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan gangguan bunyi terus berlaku. ⚠️ Orang ramai juga diingatkan supaya tidak memulas minyak atau mengubah suai motosikal sehingga menghasilkan bunyi keterlaluan, terutama di kawasan perumahan yang boleh mengganggu ketenteraman penduduk. 🙏