Satu video yang mencetuskan kemarahan orang ramai tular di media sosial selepas seorang lelaki dirakam bertindak kasar dengan menendang seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. 😡 Polis Kota Bharu telah menerima laporan daripada orang awam berhubung video tersebut, yang dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook miliknya. 🚔 Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata pihak polis kini sedang mengesan lelaki serta kanak-kanak perempuan yang kelihatan dalam rakaman berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. ⚠️ Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. Kanak-kanak tidak sepatutnya menjadi tempat orang dewasa melepaskan kemarahan, apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap mereka. 🙏 Diharapkan pihak polis dapat mengesan lelaki tersebut dengan segera dan memastikan keselamatan kanak-kanak berkenaan terjamin. 👮♂️