13 Sep 2026, 11:28pm

๐Ÿšจ 4 Warga China Syaki Sindiket Pukau Ditahan Polis Di Pulau Pinang

Sebuah pasar di Taman Jayamas, Seremban, baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran 4 warga China yang disyaki terlibat dengan kegiatan โ€œsindiket pukauโ€ untuk menipu wang orang ramai, dengan seorang daripada mereka tidak sempat dirakam gambarnya. ๐Ÿšจ Difahamkan, keempat-empat mereka telah dikesan oleh orang awam dan berjaya dihalang sebelum orang awam segera menghubungi pihak polis. Polis kemudian tiba di lokasi dan membawa kesemua mereka untuk siasatan. ๐Ÿš” Kejadian ini turut mendapat perhatian orang ramai dan mujurlah tindakan pantas orang awam berjaya menghalang mereka daripada memperdayakan lebih ramai mangsa. Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mereka serta sama ada mereka turut terlibat dalam kes penipuan lain. โš ๏ธ Diharapkan pihak polis dapat menyiasat perkara ini sehingga selesai dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. Jangan biarkan penipu atau sindiket โ€œpukauโ€ dari luar datang ke sini untuk memperdaya rakyat kita dan mengambil wang hasil titik peluh mereka! ๐Ÿ’ข๐Ÿšจ Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi polis sekiranya ternampak sebarang kegiatan yang mencurigakan. ๐Ÿ™