16 Aug 2026, 5:34am

🛑 Basmi Kongsi Gelap! Pemimpin Komuniti Gesa Tindakan Tegas Polis Di Pahang

Seorang pemimpin komuniti di Kuantan, Pahang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung peningkatan aktiviti kongsi gelap dan keganasan di bandar ini, dengan menegaskan bahawa penduduk Kuantan berhak untuk hidup, bekerja dan berniaga dalam persekitaran yang selamat tanpa sebarang ancaman daripada kumpulan kongsi gelap. Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan samseng yang secara terang-terangan memasuki restoran dengan membawa senjata untuk merosakkan harta benda, mencederakan orang ramai dan memusnahkan kenderaan, dan menggesa pihak polis mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas, pantas dan menyeluruh terhadap mana-mana kumpulan yang terlibat dalam aktiviti kongsi gelap, ugutan, pergaduhan, pemerasan dan jenayah terancang 😡🔪💢. Beliau juga menuntut pihak berkuasa menjelaskan langkah pencegahan sedia ada, kawasan panas jenayah yang telah dikenal pasti, peningkatan rondaan serta tindakan susulan terhadap kumpulan yang terlibat, dan menyeru orang ramai supaya tidak bertindak sendiri dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, dengan menegaskan bahawa “kita tidak boleh menunggu sehingga kecederaan serius berlaku sebelum bertindak, kerana keselamatan rakyat tidak boleh dikompromi, dan pihak berkuasa wajib bertindak serta kerajaan mesti mengambil serius isu ini.” Kami mengutuk sekeras-kerasnya keganasan ini dan menyokong sepenuhnya tindakan tegas polis terhadap mana-mana kumpulan yang terlibat dalam ugutan dan jenayah terancam, dan menyeru semua rakyat supaya tidak berdiam diri kerana takut, kerana setiap kali kita berdiam diri, kita sebenarnya membenarkan keganasan seterusnya berlaku, dan setiap nyawa patut dilindungi, dan setiap penjenayah patut dihukum🔥.