Kejadian di Taiping melibatkan seorang peserta Muay Thai dari Morocco hilang kawalan diri selepas diprovokasi penonton ketika bertindak melanggar peraturan menentang peserta Malaysia😡. Namun begitu, penonton Malaysia sendiri juga perlu bermuhasabah – provokasi berlebihan, ejekan dan tekanan dari tempat duduk adalah satu kesalahan yang boleh mencetuskan kekacauan😤. Sukan bukan alasan untuk bertindak biadab. Semua pihak, termasuk penonton, hendaklah menjaga adab, mengawal emosi, dan menghormati semangat kesukanan🙏. Jangan biarkan satu kejadian merosakkan nama baik sukan negara. Bersikaplah sportif, kerana keamanan gelanggang bermula dari kerenah penonton yang matang 🤝.