Kawasan Gerik, Perak kecoh selepas dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel melarikan diri daripada kejaran polis sebelum kenderaan mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah🚨. Difahamkan, suspek sebelum itu dipercayai mencuri kabel telekomunikasi di Kampung Star Kecil, Kerunai sebelum dikesan oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan. Apabila dikejar, mereka bertindak melarikan diri dengan memandu secara berbahaya. Lebih melampau, salah seorang suspek turut membaling objek berbahaya seperti pemotong kabel, paku dan kabel ke arah kenderaan polis bagi menghalang kejaran⚠️, macam penjenayah dalam filem pula gayanya. Akhirnya kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh sebuah rumah, nasib baik pemilik rumah bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan, kalau tidak memang menyusahkan orang yang tidak bersalah😡. Pemeriksaan dalam kenderaan menemui kira-kira 20 gulung kabel telekomunikasi bersama beberapa alat pemotong dan besi pengungkit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri🤦♂️. Semata-mata mahu duit mudah, sanggup mencuri, melarikan diri dan hampir membahayakan nyawa orang lain, memang perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab. Mencuri sudah tentu satu jenayah, ditambah pula menghalang polis menjalankan tugas, memang cari pasal dengan undang-undang⚖️. Walaupun suspek berjaya melarikan diri selepas kemalangan itu, kenderaan dan bukti sudah ditemui dan polis kini giat memburu mereka. Nasihat kepada sesiapa yang suka cari jalan pintas, lebih baik cari rezeki secara halal daripada akhirnya ditangkap dan merengkok dalam penjara🚔