Lokasi Kajang Jalan Bukit Studen sekali lagi kecoh apabila seorang pelajar sekolah menengah menunggang motosikal secara melawan arus🏍️💨 lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah depan💥, situasi benar-benar mencemaskan dan hampir mencetuskan tragedi besar😓. Melalui rakaman, pelajar ini bukan saja langgar arus malah selepas kemalangan masih menunjukkan reaksi marah kepada pemandu kereta🤦♂️ sedangkan kesalahan jelas berpunca daripada tindakannya sendiri yang melanggar undang-undang jalan raya. Mujurlah tiada sesiapa cedera atau terkorban dalam kejadian ini🙏, namun kelakuan sebegini tetap membahayakan nyawa ramai orang⚠️. Semakin ramai pelajar sekolah menengah yang menunggang motosikal tanpa lesen, tidak ikut peraturan, bawa laju, langgar arus dan tidak pakai helmet, seolah-olah nyawa mereka tiada nilai langsung😤. Bila berlaku kemalangan, sering pula menuding jari kepada orang lain seakan semua pihak perlu menanggung akibat daripada sikap mereka yang cuai dan berbahaya🚗. Ibu bapa sangat perlu memantau anak masing-masing🙇♂️, jangan sesekali benarkan pelajar bawah umur menunggang motosikal sesuka hati. Pelajar juga mesti faham bahawa hidup bukan permainan video yang boleh ‘respawn’ bila mati❤️🔥, sekali silap mungkin membawa kesan sepanjang hayat. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua orang, hormati undang-undang, hargai nyawa sendiri dan nyawa pengguna jalan raya yang lain