Terjadi satu kemalangan motosikal di Jalan Ismail Sultan, hadapan Horizon Hill, menuju ke pusat bandar Johor Bahru, dan melalui rakaman dashcam dapat dilihat beberapa kenderaan turut terbabit⚠️Suasana di lokasi agak kecoh, dan walaupun belum ada maklumat lanjut mengenai mangsa, rakaman jelas menunjukkan masih ada penunggang motosikal yang suka potong sana sini, selit antara kereta, langsung tak fikir keselamatan diri sendiri🤦♂️Gaya tunggangan “serah nyawa pada takdir” begini bukan saja membahayakan mereka, malah boleh menyusahkan pemandu lain yang tak bersalah😡Tolonglah kepada penunggang yang rasa diri itu ‘hero’, sedarlah sikit.🙏Jalan raya bukan tempat untuk tunjuk aksi, bukan litar lumba ikut suka hati korang.💢Lagi-lagi di kawasan sesak, kelajuan tinggi dan jarak pandang rendah, bila korang tiba-tiba mencelah keluar memang boleh sebabkan nyawa melayang! Semua pengguna jalan raya perlu jaga jarak, peka dengan keadaan sekeliling, dan kalau nampak perangai macam ni, cuba elakkan sejauh mungkin🚗💨Semoga yang ikut peraturan sentiasa selamat sampai ke rumah, dan kepada yang tak ikut peraturan, tolonglah fikir guna hati🤚ingat orang yang menunggu korang di rumah, jangan terus menyusahkan diri sendiri dan orang lain