22 Mar 2026, 6:49am

🚨 Honda Jazz Hentam Civic di Hang Tuah — Pemandu Didakwa Pengsan Lepas “Mushroom Vape”

Satu insiden mengejutkan berlaku di Jalan Hang Tuah, Melaka🚨 apabila sebuah Honda Jazz yang dipandu lelaki berusia 24 tahun melanggar kuat bahagian belakang Honda Civic yang sedang bergerak dari Jonker Walk menuju ke Jalan Tun Ali, menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian belakang Civic termasuk bampar, bonet, ekzos, tayar, fender dan juga pintu yang remuk teruk💥. Maklumat awal menyatakan pemandu Honda Jazz dikatakan mengalami sawan secara tiba-tiba ketika memandu namun ramai orang awam mula mempersoalkan⚠️ sama ada lelaki itu sebenarnya menghisap vape jenis “Mushroom” yang terkenal boleh menyebabkan halusinasi dan kehilangan kawalan. Benda mengarut macam itu boleh buat minda kabur, badan tak tentu arah dan akhirnya membahayakan semua orang di jalan raya🤬. Video yang dirakam orang awam menunjukkan pemandu Jazz tersebut tidak sedarkan diri selepas kemalangan dan hanya tersedar perlahan-lahan selepas dipanggil berkali-kali oleh orang sekitar, keadaannya jelas tidak seperti pemandu normal dan reaksinya lembap sehingga buat orang meremang bulu roma😨. Dua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan namun pemandu Honda Jazz dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut manakala rakaman CCTV di lokasi masih belum ditemui📵. Memandu bukan tempat untuk berjudi dengan nyawa sendiri dan bukannya kau boleh sesuka hati hisap vape pelik “Mushroom” kemudian terus turun memandu macam tiada apa berlaku. Tolonglah, jangan sebab nak rasa “syok” beberapa saat kau sanggup bahaya nyawa orang lain di jalan raya🚫. Pemandu yang waras dan bertanggungjawab akan pastikan diri mereka berada dalam keadaan sedar sebelum pegang stereng🙏. Keselamatan jalan raya bergantung pada semua orang