23 Mar 2026, 5:54pm

🚨 Bom Petrol Baling ke Rumah Keluarga di Kluang — Nota Ugutan Tinggal Nama

Johor sekali lagi digemparkan dengan kejadian kejam yang tak masuk akal😡, sebuah keluarga Cina di Kluang nyaris maut bila rumah mereka hampir hangus dijilat api🔥. Mangsa, Huang Song Lin berusia 31 tahun yang juga Naib Presiden Kluang 4×4 Lions Club tinggal di Seri Lalung bersama isteri dan anak lelaki berusia setahun. Kira-kira jam 4 pagi, jiran tiba-tiba call📞 dan menjerit “kereta kau terbakar!”🚗🔥, Huang terus keluar dan nampak sendiri keretanya sedang marak terbakar lalu cepat-cepat alihkan satu lagi kenderaan supaya api tak merebak, nasib baik tiga beranak itu sempat selamat🙏. Pihak polis yang tiba di lokasi menemui nota ugutan🧾 bertulis nama “Mok Lu Kang” dan “Mok You Kang”, disyaki ditinggalkan oleh geng Ah Long⚠️. Rakaman CCTV pula menunjukkan seorang lelaki kurus memandu Proton Wira putih lalu membaling bom petrol💣 ke arah rumah sebelum melarikan diri. Kebakaran itu menyebabkan kerugian dianggarkan sebanyak RM90,000💔 termasuk satu kereta musnah sepenuhnya dan kerosakan teruk pada bahagian luar rumah. Lebih mengejutkan, mangsa menegaskan dia langsung tak ada hutang atau terlibat dalam urusan kewangan mencurigakan💵, dan percaya rumahnya mungkin jadi mangsa salah sasaran🤦‍♂️. Buat geng Ah Long atau mana-mana manusia tak berhati perut tu❗tolonglah fikir pakai otak🧠, nak tuntut hutang pun tengok betul-betul siapa yang berhutang, jangan sampai rosakkan rumah orang tak bersalah. Kau bakar rumah orang tengah malam bukan saja jenayah🚓, tapi juga perbuatan keji dan tak ada hati perut😤. Ini bukan filem gangster atau drama TikTok📱, ini dunia sebenar di mana ada bayi, ada keluarga dan ada nyawa👶🏠. Semoga pihak polis cepat-cepat tangkap semua bangsat ni⚔️ dan bawa mereka ke muka pengadilan supaya tak ada lagi manusia jahat berani buat kerja gila macam ni dalam masyarakat kita