Sebuah tragedi menggemparkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Taman Bandar Utama, Petaling Jaya ⚠️ apabila seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun sanggup menikam hingga mati rakan perempuannya berumur 16 tahun menggunakan pisau pengakap 😱. Mangsa, dikenali sebagai Ye Xin Xuan, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tikaman di bahagian badan 💔. Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang ni? 😡 Umur baru 14 tahun tapi perangai dah macam syaitan 🤬! Sekolah tempat belajar, bukan tempat lepaskan marah atau tunjuk lagak 👊. Pihak sekolah segera menghubungi polis, dan suspek berjaya ditahan di lokasi bersama senjata yang digunakan. Kawasan sekolah kini ditutup untuk siasatan lanjut oleh Unit Forensik Polis 🚔. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 😔 Perbuatan kejam ini bukan saja meragut satu nyawa muda, tapi turut menghancurkan masa depan suspek sendiri. Kepada semua pelajar 🙏, kalau ada masalah, berbincanglah dengan guru atau keluarga, jangan sesekali guna kekerasan. Nyawa orang bukan bahan mainan ⚠️, sekali buat silap begini, menyesal pun dah tak ada guna 💔






