Seorang lelaki warganegara Kemboja berusia 41 tahun, Lin Weida bertindak biadab di dalam penerbangan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur โ๏ธ apabila menggunakan kata-kata kesat terhadap pramugari dan menimbulkan kekecohan di dalam pesawat. Lebih melampau lagi, sebaik tiba di KLIA, dia bertindak mencurah sebotol air ke atas kepala pegawai keselamatan Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid ๐ง, langsung tidak menunjukkan sebarang adab! Mujurlah pegawai keselamatan tersebut kekal tenang, tidak membalas, sebaliknya mengawal keadaan secara profesional ๐ฎ. Akhirnya, lelaki berkenaan telah didakwa dengan dua pertuduhan iaitu menghina pramugari dan menggunakan kekerasan terhadap pegawai keselamatan โ๏ธ. Terus terang, individu seperti ini memang memalukan, bukan sahaja memalukan diri sendiri malah turut mencemarkan nama negara ๐คฌ! Setiap orang yang melancong sepatutnya ada asas adab, jangan sampai orang lain ketawakan