22 Mar 2026, 9:43am

πŸ”₯ Filem Aksi Di Skrin, Drama Sebenar Dalam Dewan: Pergaduhan Meletus Dalam Pawagam

Tayangan filem Demon Slayer: Mugen Castle Arc Bab 1 – Serangan Semula Akaza di Amerika Syarikat bertukar kecoh apabila berlaku insiden menjijikkan yang sukar dipercayai 🎬😱. Seorang lelaki yang menonton filem itu tiba-tiba terasa hendak buang air kecil tetapi enggan beredar kerana tidak mahu terlepas jalan cerita, lalu dengan tidak tahu malu terus kencing di tempat duduknya πŸ’¦. Lebih memalukan, air kencingnya terkena seorang kanak-kanak di sebelah πŸ‘Ά. Bapa kanak-kanak itu naik berangπŸ”₯ dan terus bergaduh dengan lelaki berkenaan, menjadikan suasana dalam pawagam huru-hara. Pada saat watak Zenitsu sedang bertarung sengit dengan Upper Moon di skrinβš”οΈ, pawagam pula menjadi gelanggang pergaduhan sebenar sehingga lampu terpaksa dibuka untuk hentikan kekecohan. Pihak pawagam kemudian mengarahkan semua penonton berpindah ke dewan lain dan memberikan tiket percuma untuk menyambung tayangan dari bahagian yang terhenti. Perbuatan lelaki itu memang memalukan tahap antarabangsa πŸ€¦β€β™‚οΈ, tidak berotak, tiada adab dan amat menjijikkan 🀒. Tambahan pula, mangsa adalah seorang kanak-kanak yang langsung tidak bersalah. Kepada semua penonton, kalau rasa tidak tahan, silalah ke tandas 🚻. Tidak ada filem sehebat mana pun sampai perlu sanggup kencing merata! ⚠️ Perangai sebegini bukan sahaja tidak hormat orang lain, malah boleh cetus pergaduhan dan ganggu semua penonton. Mari kita sama-sama jaga adab, tonton wayang dengan berhemah πŸ™, jangan biarkan pawagam bertukar jadi gelanggang pergaduhan